Kenali Siapa Saya Dan Pengalaman Dalam Kosmetik Sri Mawar

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera........

Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi meluangkan masa mengunjungi blog saya ini. Tujuan saya membuat blog ini bukan lah atas desakan mahupun paksaan mana-mana pihak, tetapi atas kemahuan dan kerelaan hati saya sendiri untuk berkongsi pengalaman indah bersama anda.

Saya Erna, merupakan salah seorang pengedar rangkaian penjagaan muka Sri Mawar yang sah di Malaysia. Saya mula diperkenalkan dengan produk Sri Mawar sekitar tahun 2003 oleh teman sekerja. Pada awalnya, kawan saya mengalami masalah kulit yang tidak sekata, kusam, bertompok dan kelihatan tidak bermaya sehinggalah dia bertemu dan menggunakan produk sri mawar ini. Kulitnya bertukar menjadi cerah, bersih dan gebu selepas 2 minggu penggunaan produk ini.

Setelah saya melihat kulit muka beliau yang cerah, bersih serta gebu, saya jadi berminat dan terus bertukar dari produk terkemuka sebelum ini kepada Sri Mawar, walaupun kulit saya agak kurang permasalahannya berbanding kawan saya. Selepas 2 minggu penggunaan, kawan-kawan saya mula menegur perubahan kulit saya serta memuji akan kecerahan nya dan ia diakui oleh semua ahli keluarga saya dan sekaligus menarik minat mereka untuk mencuba produk ini.


Produk ini agak susah di temui di tempat saya pada ketika itu. Saya terpaksa berulang alik bagi mendapat kan produk ini dari tempat yang agak jauh. Atas permintaan kawan-kawan dan keluarga yang meminta saya menjual produk Sri Mawar, saya dengan senang hati bersetuju untuk menjadi pengedar sah Sri Mawar atas dasar yakin akan keberkesanan produk Sri Mawar ini. Memandangkan produk ini semakin mendapat tempat di hati pengguna dari hari ke hari. Maka dari situlah timbulnya minat saya untuk menceburkan diri di dalam bidang ini.

Sekarang, sudah 5 tahun saya sebagai pengguna, pengedar dan menjadi "beauty advisor' bagi produk ini Saya sering di datangi dengan pelbagai permasaalahan kulit dari pelanggan. Salah satu permasaalahan terjadi ialah pelanggan salah dalam pemilihan produk.

Di antara permasaalahan kulit yang biasa di hadapi adalah:-

  • Kulit muka menjadi merah seperti udang bakar.
  • Kulit muka menjadi gatal.
  • Kulit muka menjadi nipis, pedih dan sakit (irritasi) akibat pengelupasan yang berpanjangan.
  • Kulit muka kembali menjadi gelap dan kusam apabila berhenti menggunakan produk.
  • Keluarnya ruam-ruam kecil seperti jerawat dan jeragat.
  • Kulit muka tidak sekata.
  • Terjadi nya pingmentasi akibat peningkatan umur.
  • Kulit muka berminyak dan berkilat sekaligus kulit muka menjadi terbakar.
    Ramai kalangan pengguna diluar sana masih tercari-cari produk yang sesuai untuk kulit mereka. Kebanyakan mereka dihantui rasa takut untuk mencuba sesuatu produk setelah mendengar dan melihat sendiri tentang kesan sampingan sesetengah produk yang boleh mengakibatkan terjadinya perkara-perkara seperti yang saya sebutkan diatas tadi. Kepada yang ingin mencuba produk ini, silalah hubungi saya melalui SMS, YM atau EMAIL kepada saya. Saya sendiri yang akan monitor anda cara menggunakan produk ini dengan berkesan.

    Memandangkan agak susah sekarang ini untuk mendapatkan produk Sri Mawar atas sebab kurang promosi dan publisiti dalam majalah tempatan, saya dengan senang hati mengalu-alukan dan menggalakan anda untuk mengunjungi blog saya bg mendapatkan produk dan mengetahui serba sedikit info tentang produk Sri Mawar ini. Kepada semua pengguna Sri Mawar, teruslah menggunakan produk ini kerana anda telah memilih produk yang tepat. Kepada pelanggan tetap saya, terima kasih saya ucapkan di atas kepercayaan anda kepada saya dan terus lah menggunakan Produk Sri Mawar ini.