Elak Masalah Kulit Di Tempat Kerja

Memang selesa bekerja dalam pejabat berbanding mereka yang terpaksa berpanas terik bekerja di luar., ada tak baiknya juga kalau berjam-jam duduk di bawah pendingin udara dan langsung tak nampak cahaya matahari.
 Bukan setakat kurang tenaga akibat tidak terdedah kepada udara segar dan tenaga semulajadi, malah kulit kita juga lebih kering dan mudah kusam akibat tidak terkena cahaya matahari. Masalah kulit yang dihadapi termasuklah ruam, gatal dan sebagainya. 
 Jesteru, ada langkah yang harus anda lakukan bagi mengelakkan masalah ini terus menjadi serius. Setidak-tidaknya ia boleh di kurangkan jika sudah pun berlaku.

1. Perhatikan suasana tempat kerja
      Adakah anda bekerja di tempat yang terdapat pendingin udara dan pemanas untuk masa yang lama? Adakah anda bekerja di pejabat yang tingkapnya tertutup ataupun tiada langsung tingkap yang berdekatan anda? Kekurangan cahaya matahari dan udara yang segar boleh memberikan impaktidak baik kepada kulit. Jika suasana tempat kerja sangat sejuk atau panas, kemungkinan besar kulit andaakan bermasalah.

2. Gunakan lembapan
      Tidak dinafikan 'sanitizer' adalah penting untuk memastikan kulit sentiasa bersih dari kuman. Tambahan pula, anda perlu bawa 'sanitizer' pada setiap hari dan simpan dalam laci. Gunakan secara berkala pada setiap hari. Ini mengelakkan udara kering menjangkiti kulit anda.

3. Gunakan air jika tiada alternatif lain
      Jika anda tidak ada bahan lembapan lain, gunakan air sebagai jalan penyelesaian sebuah mangkuk dan letakkan di tepi meja anda. Minum air sebanyak mungkin sebagai langkah awal untuk elakkan 'dihidrasi' dan elakkan daripada minuman berkafein.

4. Ambil masa rehat
      Jangan terlalu fokusmenyiapkan tugasan tanpa berhenti sejenak. Ambil masa untuk regangkan badan atau lakukan senaman ringan bagi mengekalkan kesihatan kulit. Keluar dari pejabat untuk menghirup udara segar. Bukan saja sel kulit jadi lebih sihat tapi juga suhu badan akan menurun disebabkan udara segar di luar tempat kerja.

5. Rehat daripada menghadap komputer
      Duduk menghadap komputer pada setiap hari boleh menjadikan anda penat dan tidak bertenaga selain memberi impak kesihatan negatif kepada kulit. Jika kulit anda mulai kemerahan, itu tanda anda merenung komputer terlalu lama dan di jangkiti dengan radiasi daripada alat teknologi itu. cuba ambil masa untuk berehat selemas beberapa minit sebelum sambung melakukan kerja.

6. Elakkan tekanan
      Percaya atau tidak, tekanan memainkan peranan penting dalam faktor jangkitan kulit. Kulit kerig, ekzema, ruam dan lain-lain adalah antara penyakit berpunca daripada tekanan. Jika anda menghadapi situasi ini, cuba ubah cara anda hadapi tekanan. Mungkin anda patut merancang aktiviti menarik pada hari minggu untuk hilangkan tekanan ataupun mendengar muzik sewaktu bekerja.